Posts

Masalah besar ini perempuan.

Image
ASSALAMUALAIKUM :)


Dulu aku hairan bila orang kata hobi dia makan, sampaikan aku pun naik menyampah. Macam takde benda lain ke kau nak buat selain daripada makan ? asyik makan je. Ye itu lah aku dulu. Tapi sekarang aku tidak lagi seperti yang dulu. Betul lah orang kata. Benda yang kita tak suka tu lah akan menjadi sesuatu benda yang sangat kita suka. Yeah! aku sekarang ni jadi pemakan tegar.

Aku sedih tau. Kenapa aku tak pilih benda lain instead of makan. Tambah-tambah bila duduk negara orang yang semestinya Islam bukan agama rasmi mereka. Aku dapat tengok je street food yang macam-macam bau. Bau yang sangat mengiurkan!!!

Lepastu bila dah kerja asyik nak makan je jangan cerita lah pasal body weight hahah, Sia-sia je aku diet macam nak mampus dulu. Orang offer itu ini aku tolak. Memang berjaya dapat berat yang aku nak. Tapi naik balik.Itu lah masalah besar yang aku alami sekarang.

Aku rasa macam tak patut je aku update pasal benda ni hahaha. Okay aku bosan sebenarnya. Moga-moga entry …

Advice untuk lepasan SPM.

Image
ASSALAMUALAIKUM :)
Sementara menunggu video Weighlifting Fairy Ep 2 meloading mai sat nak update hikhik. Layan Korea jugak aku. Ketinggalan banyakk sebab dah EP 10, tapi baru nak mengikuti sebab ingatkan tak best. Bila tertengok EP 09, eh best pulak. Actually lama dah tak buka blog. Baru harini bukak. Kekok jadinya sebab dah lain. Lama jugak duk pusing-pusing mouse ni cari mana pi semua reading list ni. Akhirnya jumpa jugak, sempat la komen 3-4 post. Ketinggalan lagi sekali. Okay dah boleh dinobatkan Mrs. Ketinggalan hakhaks (eh gediknya)

Straight to the point, oh sebelum tu aku baru je habis semester satu tingkatan enam. lagi 2 semester perlu kutempuh yuhuu. Bukan tak dapat U and Matriks, dapat tu dapat tapi tingkatan 6 feeling muda sikit masuk sekolah balik :P

Sebelum aku masuk tingkatan 6, aku bekerja as a Cashier. Almaklumlah baru lepas SPM, kepala tak fikir apa dah. Yang penting nak kerja dapat duit boleh shopping itu ini. Tapi pengakhirannya tak membawa kebahagiaan, kalau orang…

Sedih dan agak menyedihkan.

Image
ASSALAMUALAIKUM :)
Okay tak, actually aku dah move on dah tapi saja nak gi tahuu kesedihan aku. Ceh motif sangat. Tak lah sedih pun tapi kecewa sikit. Boleh faham tak perasaan aku ? It is something like bila baca novel ayat dia macam ni "....perasaan becampur baur". Yes! something exactly like that. Mungkin sebab aku terlalu excited pada awalnya dan sangat mengharap aku diterima last-last aku ditolak.

Bapak sedih do. Apa salah aku ? Yet, still diberi peluang. Tapi entah lah. Aku dah tawar hati. Kalau diterima pun aku tak nak pilih yang ni. Dah lah malas nak buat ayat pasrah. Ekceli rayuan matrikulasi aku ni entah kenapa macam tak proceed dengan betul. Katanya "Harap maaf, rayuan anda tidak tepat ke berjaya ke aku dah lupa ayat dia macam mana"
Nak try nasib aku buat rayuan sekali lagi. Jenis tak serik. Tapi aku rasa ada sebab di sebalik semua ni. Mungkin aku lebih baik dekat IPT atau form six. Sapa tahuuu. Harap-harap parents aku tak tahu hal ni sebab dorang begitu…

Ingatkan kain buruk, kalau terpijak habis...

Image
ASSALAMUALAIKUM :)
Disebabkan warna dia kelabu sejibik macam kain buruk memang cenderung orang terpijak eventho' kat rumah aku kain buruk semua berwarna (kuning,pink dll gitu). Kot-kot terpijak cerr bayangkan jeritan batin dia hahah. So far tak pernah lagi terpijak lah tapi pernah jadi mangsa lap air . Adik aku paling kecik (Airish) dia punya pemalas, slumber dia je mempergunakan Apple lap air kat lantai. Dia pegang pastu gelek2 Apple macam kain buruk, kesian.
Taraaa! Ni lah Apple. Not a persian cat, kucing biasa je cuma bulu terlebih mungkin faktor susur-galur keturunan ceywahh. Suka makan. Suka tidur. 
Time tangkap gambar ni, adik aku (Aisya) tengah makan dan si Apple mintak-mintak tapi tak dilayan. End up, dia pasrah dan pose baik punya ala-ala mengenangkan nasib giteww. Mana taknya! dah bagi makan pun nak makan lagi. Lapo manjang. Bak kata mak aku
"Ibu menyusu katakan..." Macam nak terbang pun ada. Okay, tapi ada rupa kain buruk tak ? Jangan cakap kekuat, nanti Appl…

Tak terima hakikat :P

Image
ASSALAMUALAIKUM :)
Isnin lepas time orang sibuk uruskan urusan sekolah maka aku pun nak menyibuk juga. Sibuk cari kerja heheh. Dahtu, time tu mak aku cuti opkos amek kesempatan. Aku janji dengan mimie nak pergi pukul 8 pagi sharp sampai NSK, Rawang Jaya (tempat cari kerja) pukul 9. Esoknya mimie call sampai 4 kali aku tak angkat sbb lena diulit mimpi and bertolak pulak pukul 9 pagi. Perh janji Melayu betul aku.

Sampai-sampai je terus pergi office, hmmphh agak ramai jugak la. Rata-rata budak lepasan SPM macam aku. So, aku terus amik borang and isi. Masalah orang excited macam aku ni, datang melenggang. Pen apa pun tak bawak. Gratefully, mama bawak.
Aku dah macam teragak-agak nak tulis umur sebab dah biasa dengan sweet 17 then aku tulis 18. Yelerr dah masuk 2016 kan. Disebabkan ramai manusia dalam tu, both of us cari port yang lagi baik punya. Tulis dekat atas lantai. Aku tahu benda tu lantai sebab aku tak dapat nak beza jubin, mozek dan marmar :P
Then, dah siap fill kitorang hantar de…

Red lipstick ? Seriously ? No! No!

Image
ASSALAMUALAIKUM :)
Okay, ni bukan entry kempen lipstick ke apa but it is just a story I want to share with you. Tak rasa aneh ke bila perempuan tak suka red lipstick ? Aku bukan tak suka warna merah je, banyak colour as long as warna dia terang. Dari jauh dah nampak sinaran dia. Haaa gitewww.

Actually, auntie aku pun ada cakap aku memang tak sesuai pakai lipstick warna menyala sebab haaa engkorang tengok lah dekat gambar ni. Bila ditenung sedalam-dalamnya, aku ni dah macam adik-beradik Joker huhuhu.
Jeles beb tengok orang bibir nipis nih, bukak Instagram jeh frust. Tengok K-Drama je frust. Sebab aku tengok bibir dorang ler heheheh. Tapi bila aku tengok youtube nude make up yang mat salleh buat tu tak rasa frust sangat sebab dorang memang nak bibir setebal kamus dewan tew. Eh aku tak lah cakap bibir aku setebal tu, mungkin nipis sikit macam kamus oxford english-malay tu.

Tapi, alhamdulillah... Ni, pemberian Allah SWT untuk aku. Mungkin kalau bibir aku nipis lagi aneh rupanya ? Ken..ke…

Kena tipu. Sedih. Depressed. Huks.

Image
ASSALAMUALAIKUM :)

Hari Sabtu lepas aku spend time dengan family mandi dekat Sunway Lagoon. At first aku letak specs dekat locker yang disewa but lepas dah settle mandi-manda aku malas nak pakai and just letak kat pocket seluar huhuhu. Rasa tak patut letak kat seluar, mana tahu tiba-tiba terpatah dua kang habisss... dah la tak sampai setahun.

Pastu bila dah sampai rumah aku keluarkan specs and letak kat atas apatah namanya tapi dia macam ni laaa...

Bila dah lama-lama rasa macam ada something dekat pocket. Macam pen. Bila aku keluarkan...Ya Allah! hah suspend takk? Cermin mata yang sangkut kat telinga tu patah huhuhu tapi sebelah jelaa. The next day, alang-alang nak beli barang sekolah adik-adik aku kirimkan abah aku specs hanto kedai untuk repair.

Okay, ni yang aku nak cerita part kena tipu tu. Balik je dari repair tu aku tanya mama "berapa?" means that berapa upah repair lah. Mama cakap RM 5. And aku just like Ohhh.. takde niat nak bayar pun, just nak tahu jurr hahaha hodoh…