Lepas SPM nak buat ape? Huhuhu.

ASSALAMUALAIKUM :)
Seperti yang korang tak tahu, sebenarnya aku convert semua post lama2 aku ke draft, tak sampai hati nak delete. The reason is kebanyakan post lama2 aku merepek-merepek mengarut semua lah dan memalukan kalau kenalan aku baca huhuhu. Berbalik kepada topik, apa yang nak buat lepas SPM? sebaik sahaja tarikh 2 December 2015 aku tak rasa sangat merdeka walaupun SPM dah berakhir. Mungkin time tu tak berapa sihat menyebabkan aku tak berapa nak gembira. Ecececeh padahal dalam gambar bukan main lagi

Seronok betul aku.
Sebenarnya lepas SPM ni aku memang duduk rumah jaga adik-adik kesayangan evahh. Tak plan nak hang out mana-mana. Walhal sebelum SPM aku dah plan dengan penuh rapi iaitu sebaik sahaja SPM tamat aku nak cari kerja esoknya dan download movie banyak-banyak dan tengok movie banyak-banyak. Tapi itu hanyalah indah khabar dari rupa sahaja. Apa yang aku buat hanya 15% dari plan.

Dalam 2 minggu lepas SPM aku baru terhegeh-hegeh nak cari kerja. Pergi sana full pergi sini full hanya beberapa kedai je yang sudi terima :'(( tapi apakan daya. Huh dramatik sunggohhh no...
Selepas kepenatan cari kerja, makan dulu.
Terima kasih mama sudi kesana kesini teman I cari koje. Eh dalam gambar tu bukan mama aku, itu kawan aku kang ada kesalahfahaman pula. Now, tunggu panggilan je lah. Cepatlahhhh call... berapa lama lagi nak menganggur.

Sebelum menamatkan entry ini, tatap lah beberapa keping gambar nak buat entry lain kang macam ada orang baca hehehe.

Graduation day bersama sifu Matematik.
Throwing the papers on the last day of SPM like a coolie boss.
Ini lah tempat aku menimba ilmu selama 5 Tahun. Banyak cerita pahit manis kat sini. Buat setakat ni belum ada perasaan rindu kat sekolah. Emmm mungkin mengambil masa sket.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello I am Aina Zairulnizam, This is the place where I share my story.