Tak terima hakikat :P

ASSALAMUALAIKUM :)
Isnin lepas time orang sibuk uruskan urusan sekolah maka aku pun nak menyibuk juga. Sibuk cari kerja heheh. Dahtu, time tu mak aku cuti opkos amek kesempatan. Aku janji dengan mimie nak pergi pukul 8 pagi sharp sampai NSK, Rawang Jaya (tempat cari kerja) pukul 9. Esoknya mimie call sampai 4 kali aku tak angkat sbb lena diulit mimpi and bertolak pulak pukul 9 pagi. Perh janji Melayu betul aku.

Sampai-sampai je terus pergi office, hmmphh agak ramai jugak la. Rata-rata budak lepasan SPM macam aku. So, aku terus amik borang and isi. Masalah orang excited macam aku ni, datang melenggang. Pen apa pun tak bawak. Gratefully, mama bawak.
Aku dah macam teragak-agak nak tulis umur sebab dah biasa dengan sweet 17 then aku tulis 18. Yelerr dah masuk 2016 kan. Disebabkan ramai manusia dalam tu, both of us cari port yang lagi baik punya. Tulis dekat atas lantai. Aku tahu benda tu lantai sebab aku tak dapat nak beza jubin, mozek dan marmar :P

Then, dah siap fill kitorang hantar dekat HQ. Mula-mula HQ tengok Mimie punya. dia cakap 
"Eh, awak 18 ke?" 
Pastu amik calculator, tah macam mana dia kira umur kat kalkulator aku pun tak tahu. Dan aku pun pelik, beria betul amik calculator padahal tengok month je dah tahu. EH? belum kerja lagi dah mengutuk hahah.  Then dia cakap lagi
Awak belum 18, bulan April baru 18 tahun.
Haaa gitcheww. Pastu dia tengok aku punya pulak. "Ni lagilah bulan November" huhuhu nasib lah kan. Pastu dia bagi soalan Matematik sebab underage. Siap cakap tak boleh guna calculator.
Sebab dia tak cakap "No discussion" maka kami pun berbincang menjawab soalan hehehh. Soalan tak susah, cuma math biasa je and beberapa soalan berbentuk situation. Contoh :
Sekiranya pelanggan mendapati anda tersalah kira, apakah tindakan yang patut anda ambil ?
Aku tak dan nak fikir mak aku dah bagi jawapan. Aku rasa siap dalam 3 minit je. Okay, macam korang tak dapat catch up dengan post title kan? Actually part yang umur tulah aku nak sampaikan. Dan 11/1 nanti kitorang training as cashier. Doakan ea ? Moga-moga takde staff NSK baca entry ni huhuhu...

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello I am Aina Zairulnizam, This is the place where I share my story.