Sedih dan agak menyedihkan.

ASSALAMUALAIKUM :)
Okay tak, actually aku dah move on dah tapi saja nak gi tahuu kesedihan aku. Ceh motif sangat. Tak lah sedih pun tapi kecewa sikit. Boleh faham tak perasaan aku ? It is something like bila baca novel ayat dia macam ni "....perasaan becampur baur". Yes! something exactly like that. Mungkin sebab aku terlalu excited pada awalnya dan sangat mengharap aku diterima last-last aku ditolak.

Bapak sedih do. Apa salah aku ? Yet, still diberi peluang. Tapi entah lah. Aku dah tawar hati. Kalau diterima pun aku tak nak pilih yang ni. Dah lah malas nak buat ayat pasrah. Ekceli rayuan matrikulasi aku ni entah kenapa macam tak proceed dengan betul. Katanya "Harap maaf, rayuan anda tidak tepat ke berjaya ke aku dah lupa ayat dia macam mana"
Nak try nasib aku buat rayuan sekali lagi. Jenis tak serik.
Tapi aku rasa ada sebab di sebalik semua ni. Mungkin aku lebih baik dekat IPT atau form six. Sapa tahuuu. Harap-harap parents aku tak tahu hal ni sebab dorang begitu high expectation dekat anak dia yang pemalas ni. Em. Kalau mak aku tanya "Aina, apa cerita matriks?" aku jawab je lah "masuk form 6 and if IPT panggil, keluar lah".

Buat sahabat-sahabat yang berjaya melangkah ke matrikulasi harap dapat buat yang terbaik. Untung taw korang dapat masuk pastu tinggalkan aku kat sini. Yes, nasib baik dah biasa takde lah culture shock hehehh. Nak kirim satu ni. Alang-alang korang tengah cari jodoh kat situ, aku nak jugak. Cari yang expert sains, especially biology supaya dia dapat mengira betapa infinitinya degupan jantung saat aku melihat dia. Puihhhh. Okay gurau. Takpayah carikan.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello I am Aina Zairulnizam, This is the place where I share my story.