Advice untuk lepasan SPM.

ASSALAMUALAIKUM :)
we heart it image
Sementara menunggu video Weighlifting Fairy Ep 2 meloading mai sat nak update hikhik. Layan Korea jugak aku. Ketinggalan banyakk sebab dah EP 10, tapi baru nak mengikuti sebab ingatkan tak best. Bila tertengok EP 09, eh best pulak. Actually lama dah tak buka blog. Baru harini bukak. Kekok jadinya sebab dah lain. Lama jugak duk pusing-pusing mouse ni cari mana pi semua reading list ni. Akhirnya jumpa jugak, sempat la komen 3-4 post. Ketinggalan lagi sekali. Okay dah boleh dinobatkan Mrs. Ketinggalan hakhaks (eh gediknya)

Straight to the point, oh sebelum tu aku baru je habis semester satu tingkatan enam. lagi 2 semester perlu kutempuh yuhuu. Bukan tak dapat U and Matriks, dapat tu dapat tapi tingkatan 6 feeling muda sikit masuk sekolah balik :P

Sebelum aku masuk tingkatan 6, aku bekerja as a Cashier. Almaklumlah baru lepas SPM, kepala tak fikir apa dah. Yang penting nak kerja dapat duit boleh shopping itu ini. Tapi pengakhirannya tak membawa kebahagiaan, kalau orang tanya nak kerja kat situ lagi or kerja Cashier lagi ke tidak. Jawapannya, tidak!. Aku malas.  So those for SPM leavers fikir masak-masak apa patut korang buat sementara menunggu panggilan kemasukan.

1. Kerja.
2. Masuk Shortcourse.
3. Tanam Anggur.

Untuk first option, banyak benda korang kena tengok. Aku tak galakkan kerja shift. Tak berbaloi kerja shift ni. Siryes cakap. Kalau shift malam balik pukul 12. and bukannya pukul 12 terus terpacak dekat rumah tau. Mesti singgah makan sat. Makan nasi ke jajan ke. And aku agak menyesal kat sini, aku gain weight sebab lifestyles aku masa kerja hari-hari macam tu. Sampai sekarang tak turun-turun, masih melantak macam takde hari esok. Ya allah deepnya :') Lagi satu, kerja tu solat jangan tinggal. Paling tak boleh blah dah masuk berapa bulan aku kerja, baru tahu kiblat tak cukup senget. Lagipun tu pasaraya baru. Haih so sediakanlah kompas ye adik-adik :)

Second option pulak, sangatlah digalakkan memandangkan umur masih muda dan bergetah hahaha. Korang masuk sini lagi berbaloi daripada kerja, at least ada input berguna. Masuk kelas menjahit ke buat kek ke apa-apa yang korang minat. Daripada ko kerja, balik penat-penat terus megholoh atas katil. Takde life betul. Aku rasa jeles bila ada kawan aku masuk shortcourse.
flowers, rose, and pink image
Last option terlalu susah untuk kupas. Baiklah, nasihat aku nak kerja tu boleh yang penting tahu manage duit. Silap aku tak simpan dalam bank, dapat cash habis macamtu je. Sedih. Sekian. Gambar ihsan dari we heart it. Sebenarnya banyak nak cakap, tapi panjang-panjang takde sapa nak membaca, jadi entry syok sendiri :P

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello I am Aina Zairulnizam, This is the place where I share my story.